HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Sep 10, 2011

Tingkatkan Keyakinan Diri

Assalamualaikum..(^_^)

Akhirnye Wawa berkesempatan untuk mengupdate blog. Now..syukur sangat-sangat coz Wawa da selesai settlekan pendaftaran Wawa kat UTM ni. And sekarang ni menunggu masa untuk meneruskan my journey. And berharap sangat everything is ok. Apa yang penting adalah keyakinan diri. Fighting!!! :D



1. Fikirkan Boleh
Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini. Segalanya boleh terjadi dengan usaha dan cubaan tanpa henti. jangan mengalah sebelum mencuba. Malah kita tidak akan berasa rugi kerana mencuba. Sekurang-kurangnya kita boleh berbangga dengan diri sendiri kerana kita berbeza dengan individu lain. Kelebihan yang paling nyata adalah kita berani mencuba dan berfikiran positif.

2. Tidak berjaya, belum tentu gagal.
Jangan cepat melabel diri seorang yang gagal. Dalam hidup ini, kegagalanlah yang menjadikan seseorang itu berjaya jika di pandang dari sudut yang positif. Malah ramai individu yang berjaya di dunia ini bermula daripada kegagalan. So..jangan takut kepada kegagalan.

3. Berdikari
Hindari diri daripada terlalu bergantung kepada orang lain. setiap manusia didunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. kita juga tidak terkecuali. tanpa kita sedari sebenarnya kita mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu membawa kepada sebuah kejayaan. so, kita perlulah tahu apa potensi diri dan berusahan untuk menggunakannnya dengan cara yang sebaiknya.

4. Berfikir secara kreatif.
Dengan kreativiti yang kita ada, tak mustahil kita mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan. kadangkala perkara itu tidak sesukar mana namun kita yang menyukarkannya dengan berfikiran sempit. secara langsung kita kehilangan motivasi diri. setiap individu perlu belajar untuk lebih kreatif supaya mudah bagi kita untuk memiliki kejayaan yang diinginkan.

5. Bersikap positif dan optimis
Sentiasa berfikiran positif dan optimis. Yakni yakin dengan apa yang kita buat dan jangan sesekali meraguinya. Mungkin ini jalan dan laluan yang terbaik untuk kita berjaya dalam hidup. Sentiasa lah berfikiran ke hadapan dan berusaha untuk mengecapi apa yang diimpikan. 




 FIGHTING!!! :D