HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Aug 9, 2016

Chillex at Sungai Pisang, Gombak



Assalamualaikum (^_^)

Selamat bekerja u olls. Harini Wawa ada masa sikit so boleh lah update blog. Lagipun this week study week. Tak banyak kerja sangat. Makanya curi masa untuk update blog yang tak seberapa ni. Nak update pasal rinjani tapiiiiii macam malas pulak. hehe InsyaALLAH bila mood rinjani tu datang Wawa update. 

Main attraction kat Sungai Pisang.


Sebenarnya nak cerita pasal day trip Wawa ke Sungai Pisang,Gombak hari ahad (7/8/2016) haritu. Actually boleh di katakan half day trip sebab masuk ke sana pun dah almost 10am and keluar dalam jam 2pm. So sekejap sangat. hehe Biasalah plan last minute. huhu  Memandangkan Wawa tak dapat join ke Jerangkang weekend haritu, makanya ikut lah Adli ke Sungai Pisang. Ini pun kawan dye yang punye plan. So follow jelah. Janji jam 7am dah gerak dari Shah Alam ke Gombak. Tapi masing-masing terlewat sket jam 8am baru gerak dari Shah Alam. Kami ber'enam' haritu, Wawa, Adli, Ayu, Balqis, Hakim and Fazz. Kami berlima dari Shah Alam. Sampai di Danau Kota ambil Fazz then terus gerak ke Sungai Pisang. 


     
while waiting for Fazz.
Landmark untuk masuk ke Sungai Pisang


                                                                                           
Sedikit info pasal Sungai Pisang ye. Sungai Pisang terletak di daerah Gombak. And untuk ke sana boleh melalui 2 jalan. 1 jalan ikut jalan lama yakni kene lalu terowong and redah sungai sikit. Yang lalu terowong tu Wawa tak pernah cuba lagi so tak banyak info dapat kasi. Tapi setahu Wawa korang kene masuk ikut jala lama Gombak, then trekking about 30minit to 1 hour untuk sampai ke sungai pisang. And another jalan yang biasa Wawa lalu with geng adalah jalan luar. Yang ni ktorang lalu ikut highway Karak yakni masuk tol gombak - bayar RM6 then terus ke depan sampai lah di Kilomater 28.6 (landmark Wawa). Park kereta kat situ. Tapi ingin di ingatkan park kat situ adalah risiko sendiri ye. Yang penting, berdoa lah semoga everything selamat. hehe 


gerak masuk ke dalam. Perjalanan around 10 - 15minit based on your pace. 


Dah parking ambil barang semua, kami pun bergerak masuk ke dalam. Perjalanan dari luar nak ke dalam dalam 10-15minit mengikut kadar kelajuan masing-masing. Trekking sangat santai. Akan lalui semak pada permulaan trekking. Then kene lalui jalan yang ada pokok tumbang sikit then baru lah sampai ke camp site. Luckily haritu kami sampai, cuaca baik and orang yang masuk tak ramai sangat. So, dapatlah camp site yang biasa kitorg lepak if masuk sana. 


Sampai je kami teruk bentang ground untuk dijadikan tempat santai-santai. Kebetulan Adli bawak khemah, makanya pasang lah khemah sekali untuk kesenangan. Because after mandi senang if gugurl nak salin baju. Dalam sana takde toilet awam or mana-mana tempat nak buang air or salin baju ye. Everything is open. Sebab tu la khemah quite important jugak untuk gugurl macam kami walaupun half day trip je. hehe If ada hammock boleh lah pasang sekali. Pasang tali then tido sambil dengar deruan waterfall. ^_^




accommodation kitorang. ^_^




Selesai pasang apa yang patut, salin baju then kami breakfast dulu. Coz before gerak dari Shah Alam ktorg berenti beli nasi lemak di pasar seksyen 6 terlebih dahulu. Alang-alang makan dulu kasi kenyang supaya nanti time tiruk takde lah ingat nasi lemak je. hehe 


our breakfast pagi tu. Nasi lemak + roti bakar hakim. nyaman. 

Settle semua, kami pun gerak ke kolam atas. Ingatkan nak mandi kat air terjun bawah tapi tengok ramai pulak budak-budak. So decide untuk naik atas coz kat atas ada kolam yang agak dalam and boleh tiruk. Wawa ofcoz tak lah. hehe  Kat sana jugak ada beberapa tapak yang suitable untuk khemah. 

antara tempat yang boleh berkhemah. 

Untuk ke kolam atas kena ambil laluan ke sebelah kiri and dan akan jumpa tempat best untuk tiruk. Tapi haritu time datang, dorang cakap da kurang sikit dalam nya. Mungkin pembawakan pasir menyebabkan kurang dalam. Mungkin. haha Sementara untuk ke tempat campsite yang ada khemah tu, kena ambil laluan ke sebelah kanan. And belah kanan itu pun ada kolam jugak. Cuma untuk tiruk Wawa tak pasti boleh tak coz biasanya kalau nak tiruk memang kami selalu ke laluan belah kiri. hehe 

laluan belah kiri untuk ke kolam tiruk. hehe


Sampai agenda yang utama adalah mandi. Apa lagi masing-masing bergaya dengan tiruk masing-masing. Wawa as usual hanya tengok and ambil gambar. Coz Wawa ada port sendiri. Maklum lah tak pandai berenang. Nanti kang tak pasal-pasal pulak. hehe After da beberapa keping ambil gambar dorang, Wawa pun gerak ke port sendiri. Tak jauh pun. Cuma perlu jalan ke depan sikit je. Then akan jumpa macam air terjun kecil. So berendam lah kat situ. Seriously nyaman + heaven sangat-sangat. ^_^







Scenery kolam kat bahagian atas. Tempat best untuk tiruk. hehe 

port Wawa mandi. Tak dalam and hujung yang ada waterfall kecik tu tempat bertapa nya hamba. hehe 

After dah settle mandi, makan, chit chat kat sana. Ktorg back to camp site untuk rehat sekejap before balik. Dalam kul2pm da settle semua nya. Simpan khemah, lipat ground, salin baju then gerak balik. Walaupun half day je tapi bila dapat attach dengan nature tu alahai seronok nye. Sebab lama sangat dah tak masuk hutan. Nasib la minggu ni ke jerangkang. So ada la aktiviti. Nantikan update Wawa di jerangkang pulak ye. Btw, siapa yang tak tahu nak ke mana weekend, mybe boleh lah datang chillex kat Sungai Pisang ni. Dekat pun dekat. hehe 

Pulang dulu. Papai. ^_^

p/s: Kat Sungai Pisang jugak selalu ada aktiviti abseiling and zipline by group outdoor. If ada yang nak join boleh check out dorang punye IG - @pakatanbejalan atau @projectvacation. 

Thank you pada yang membaca. ^_^