HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Dec 17, 2010

NO CONDOM, NO PLAY!!


gambar nak klasik kan? huhu

Amacam tajuk entry dan gambar kali ni? Besh tak? hehe

Assalamualaikum semua..lama rasa nye tak update blog kesayangan aku ni..balik je dari Melaka untuk Kursus Keusahawan beberapa mingu yang lepas, tahap kemalasan untuk mengupdate blog amatlah meningkat..padahal banyak yang nak di ceritakan tapi aku peram buat pekasam..itu gara-gara virus malas ye..huhu

Kali ni tergerak hati nak update blog coz aku 'terjumpa' something yang interesting kat facebook member aku. Then aku pun google lah cerita ni..dan aku bende ni macam menarik je..hiihi  
Entry pasal Ketika Lakukan Seks, Gunakan Kondom yang dibawa oleh Sazzy Falak dan  sempena kempen kesedaran AIDS anjuran ruumz.com kat web OhBulan!. Memang terbaek lah. Coz pesanan yang artis-artis ni kasi sekurang-kurangnye memberi orang di luar sana tidak melakukan seks sebarangan untuk mengelakkan HIV. 




Mesej yang disampaikan padat dan ringkas ini sesuai untuk semua bangsa dan pelbagai peringkat umur. Coz kita tengok sekarang bukan golongan muda je yang terjebak, golongan tua pun ade. Tapi tak semua lah macam tue kan? huhu So..apa yang penting, mencegah tu lebih baik daripada mengubati...betol dok? hehe

Apa yang beshnye kempen ni,,bukan Sazzy Falak je join, tapi artis-artis lain pun ade jugak yang join. Antaranya Erra Fazira, Sarima Ibrahim, Aisyah Sinclair, Sheila Majid & Ida Nerina. Dia orang ni semua nye ada mesej yang tersendiri nak sampai kan untuk orang ramai. Klau aku boleh join sekaki kan besh..boleh aku kasi mesej gak...hehehe Biasalah...angan-angan mat jenin..hehehe :P





ehsan ohbulan.. :D


So, diharaplah kaki seks tegar @ sape-sape kat luar sana dan juga diri aku sendiri supaya janganlah buat perkara yang tak elok ni..dan amalkan lah seks yang selamat...
nak tau camne? Pe lagi...kawen lah cepat-cepat jawab nye..nanti hari-hari boleh...hehe :D


JAUHI ZINA & DADAH...

INSYA ALLAH TIADA AIDS.. 

(^_^)