HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Aug 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamualaikum.. (^_^)

Selamat Hari Raya.. :)

Dengan kesempatan yang ada ini, Wawa ingin menyusun 10 jari tangan + 10 jari kaki memohon ampun kepada kawan-kawan seandainya sepanjang perkenalan maya kita ini ada terguris , tergores perasaan mana-mana pihak. Semoga syawal yang kali ini akan memberikan lebih keberkatan. Apa yang penting..duet raya untuk Wawa jangan lupe. hehe :D Selamat Hari Raya semua!!! (^_^)


Aug 25, 2011

Resipi - Kuih Puteri Mandi Susu


Assalamualaikum.. (^_^)

Puteri Mandi Susu..
Harini u olls berbuke makan pe? Berbuke kat rumah ke kat luar? Actually harinie Wawa plan nak berbuke pose kat luar tapi tiba-tiba lak tak jadi. So...kat umah jelah kami berbuke. huhu Oklah, harinie Wawa nak kongsi resipi kueh yang mak Wawa buat semalam. Kueh Puteri Mandi Susu. Nama pun dah cantek kn? And ofcoz lah rupa and rasa nya pun cantek.. hehehe Jom kita tengok apa bahan-bahannya and cara nak buat. 

Bahan-bahan :

5 cawan tepung beras pulut
3 sudu gandum
4 cawan santan yang sederhana. (tidak terlalu pekat)
3 sudu besar susu pekat manis
Sedikit pewarna kuning dan merah (ikut citarasa masing-masing)
Sedikit gula melaka / manisan
Secubit garam
Air

Cara-cara : 

1. Masak santan , susu dan manisan sehingga mendidih. Biarkan seketika di atas dapur untuk menjadikannya kuah susu. 

2. Beras pulut, gandum, garam digaul rata dengan air sehingga menjadi satu adunan. Adunan tersebut di uli sehingga sebati dan ianya tidak  melekat di tangan dan juga tidak terlalu keras. Pastikan adunan tersebut boleh digentel bulat-bulat kecil. 

3. Masak air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan doh yang telah dibentuk bulat-bulat kecil dan ditengahnya di picit sedikit sehingga menjadi seperti sel darah (iaitu bentuk puteri mandi).

4. Adunan yang timbul (telah masak) diangkat menggunakan tapis dan biarkan seketika.  

5. Ulangi langkah 4 sehingga doh yang ada habis. 

6. Kemudian, masukkan ke dalam kuah susu dan sedia untuk dihidang. :)


Sekian sahaja resipi dari Wawa. Jika ada salah minta diampun. Biasalah bila terjemahkan dalam bentuk tulisan ni tak berapa pandai nak karang. hehehe Selamat mencuba! :)


p/s: Kalau ade terkuar bhse Trganu, minta maap la ye..hehehe 
  

Aug 24, 2011

Foundation Untuk Men'Flawless'kan Muka Di Pagi Raya.. :)

Assalamualaikum..(^_^)

Waa..tajuk bukan maen panjang lagi kali nie. huhu Alhamdulillah..harini merupakan hari ke-24 kita semua berpose. Dan bersyukur kita dapat menikmati bulan Ramadhan ni dengan penuh keberkatan. Tinggal beberapa hari je lagi kita akan meninggalkan Ramadhan and pastinye Syawal pun menjelma. Mcm mn persiapan u olls semua? Baju dah? Kuih da? Kasut da? Wawa tahun ni semuanye bersederhana. Tapi xpela yang penting semuanya cukup. :) 

Ok lah malam ni Wawa nak kongsi ngan u olls semua 3 jenis foundation yang mana bagus bagi Wawa and memang Wawa guna fundation nie untuk majlis tertentu or kuar jalan-jalan. Lebih-lebih lagi time raya ni kan. So, u olls boleh lah try and pakai time raya nanti. Kompem u olls nampak cantik di pagi raya nan indah. Chewah!! hehhe :D Let's review the best foundation i use. 

1. Kryolan Tv Paint Stick.

Kryolan Tv Paint Stick. :)
1st foundation yang biasa Wawa guna adalah Kryolan Tv Paint Stick. Foundation ni actually adeq Wawa yang beli tapi Wawa suke. So, tumpang sekaki lah pakai. hehehe Wawa paling suke yang ni coz kryolan ni tak melekit and tak berminyak (for me lah). Kebiasaannya Wawa akan pakai bila ade function such as dinner. Coz bila pakai yang ni ianya akan kasi muke kita nampak lebih flawless and yang paling penting, bila amek gambar ianya akan kasi gambar nampak cantek. hehehe *prasan je* :P  Lagipun yang ni memang professional punye makeup. Even makeup artist ke mak andam ke pun gune yang ni. huhu Kryolan Stick ni sesuai untuk sape-sape yang ade masalah kulit kering. Coz ingredient kryolan ni ada oil + vitamin E + natural waxes + color pigment yang dibenarkan. And for sure ianya HALAL. :) So..boleh lah u olls try pulak ye.. (^_^) 

2. Maybelline Clear Smooth Minerals BB Cream 

Maybelline Clear Smooth Minerals BB Cream
BB Cream dari Maybelline ni pun foundation no 2 Wawa suke gne.Rasanya u olls kat luar sana pun ada yang gune BB Cream ni gak kan? hehe  Biasanya Wawa gune time nak kuar jenjalan and dat time Wawa nak rushing. huhu Wawa pun xtau kenapa bile time cam2 Wawa akan pakai BB ni. Erm..maybe senang kot. And lagi 1 BB Cream ni tak melekit walaupun time berpeluh (yakni time rushing). Klau orang laen Wawa tak tau lah macam mana. Yang paling besh coz senang nak bawak g mn2 and 1 lagi sebab BB ni kecik. So..senang lah nak letak dalam beg Wawa yang sememangnye kecik. huhu 

3. Misline Professional BB Wonder Cream.

Misline Professional BB Wonder Cream.
Ok..now sampai foundation yang terakhir - Misline Professional BB Wonder Cream. Harga tak sure plak berapa. Actually, yang ni adeq Wawa yang punye. Tapi Wawa pkai jugak lah kadang-kadang tu. Wawa kureng cket pakai yang nie coz klau kite pakai terlebih banyak, ia akan kasi muka Wawa macam minyak sikit tapi BB ni ok. Besh pakai. Erm..maybe tak berapa sesuai kot ngan Wawa. Tapi Wawa pakai je.hehe BB cream ni lebih kurang yang macam Maybelline tu. Tapi colour dye lebih light cket and kasi kulit kite lembut bila pakai. Haaa..yang tu besh tu. Tu yang kulit adeq Wawa gebu semacam je. huhu So..kepada sape yang nak cube boleh lah search BB ni. And 1 lagi, yang ni Korea punye product. Siapa yang hantu korea boleh lah cube. hehehe :D


Korang pulak pakai foundation yang jenis camne? Boleh Wawa tahu? (^_^)


p/s: 6 hari lagi.. 

Aug 23, 2011

My 1st Kuih Raya.. (^_^)

Assalamualaikum..(^_^)

Akhirnye kueh raya Wawa yang Wawa order ngan P'four Macaron dah sampai tengahari tadi. huhu Akhirnye dapat jugak lah Wawa merasa. Tapi malam nanti lah coz pose kan. huhu :) Before ni asyik tengok je org post sal macaron ni and harinie Wawa dapat. Cian Wawa kan baru dapat rasa. Orang laen dah abiz sebakul dah. huhu Cadangnye untuk raya..tapi macam x sempat untuk raya je ni. huhu  Juz short entry. Ok lah..nak g masak nasi lak. Lauk atas dapur lagi. Selamat berbuka pose!! (^_^)

TAAADAAA.............

from P'four Macaron.. 

cantekkan colour dye? :)

macaron cute.

kau akan jadi habuanku malam ni..hehehe

p/s: Kueh Gomak otw..huhu

Aug 21, 2011

10 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

Assalamualaikum..(^_^)


Hai u olls semua!! hehhe Harinie korang berbuke menu apa? Wawa harinie special sikit coz my mum wat nasi ayam.hehee Sambil-sambil tu, Wawa update   blog la. Manfaatkan masa yang ada. hehe Actually entry ni dah lama ade lam bloglist. Tapi xpublish. So..harinie Wawa nak kongsi lah walaupun dah lapuk. Perkara yang membuatkan wanita benci lelaki. Apa agaknye ye? :)

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

8. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

9. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

10. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

* source dari sini..

p/s: hopefully our partner bukan camni ye. Minta Allah jauhkan semua ni..Selamat berbuke semua.. :)

Aug 20, 2011

Lomo Diana f+..

Assalamualaikum..(^_^)

Alhamdulillah..last entry Wawa ade cite yang Wawa dapat hadiah dari En.Bofyie kan? So..kat sini Wawa nak share lah apa yang Wawa dpat. Ala..u ollss mesti da tau jugak kan? Tengok tajuk pun da tau. hehehe Niat Wawa kat sini bukan nak menunjuk ke apa juz nak sharing. Lagipun ni kan blog personal. So..siapa-siapa yang kurang senang or tak suke..skip je entry ni. huhu *pesanan penaja*.

Actually, dari dulu lagi Wawa memang minat giler kat lomo ni. Klau dulu time kat kolej, Wawa selalu usha lomo ni kat website The Click. Boleh dikatakan setiap kali ade product baru mesti Wawa akan usha. And hobi ni pun turut di kongsi ngan rumet Wawa, Farah. Farah pun suke benda-benda macam ni. Kitaorg selalu berangan. hehehe Kelakar lak bila ingat balik. :D

Nak dijadikan cerita time Wawa and En.Bofyie shopping kat JJ Tebrau, kitaorg terjumpe lah 1 kedai jual kamera ni. And kebetulan pulak kedai tu ade jual lomo. Kitaorg pun duk usha-usha lah. And kebetulan lagi..kedai tu ade buat promotion for Lomo 30%. Waaaa!!!! Memang masyuk. huhu Wawa memang tak pikir pape dah la terus cakap nak. Cian En.Bofyie. Padahal before tu kitaorg baru je beli kamera Nikon Coolpix P7000 kat Angsana. Boleh dikatakan agak membazir jugak lah. Tapi bila pikir balik xpela sekali sekala bila lagi kan? hehehe 





Ni time kat kedai kamera. Dok ngah pilih nak yang mana. Tapi bile nampak je lomo kaler putih ni, Wawa terus amek. Coz kat sini Diana f+ Mr.Pink da abiz. Sedih je. T_T My New Lomo.. Diana f+ Edelweiss..hehehe

i

Alhamdulillah..rezeki bulan pose Wawa dapat hadiah ni. Ribuan terima kasih kat En.Bofyie coz hadiahkan lomo ni. Next time org hadiahkan cyg lak ek.. (^_^)


p/s: Tiada niat untuk menunjuk..hanya ingin berkongsi..:)

Aug 19, 2011

Edisi Makan : Berbuka di Restoran Singgah Selalu

Assalamualaikum..(^_^)


reserved untuk PN. FARAH ZAINI..hehe :P
Macam mana pose hari ni? Sedar tak sedar dah separuh bulan kita pose kan? Sekejap je rasa. huhu Last week, Wawa ke JB untuk uruskan hal sambung belajar, and Wawa berkesempatan untuk berbuka pose dengan lecturer yang tersayang, Cik Ruby with Farah sekali & senior kitaorg. huhu Before Cik Ruby ajak tu memang Wawa and Farah ade jugak lah sebut nak berbuke ngan Cik Ruby tapi xtau yang before tu Cik Ruby dah anta msj kat fb Farah ajak berbuke same-same.huhu So..dengan lajunye kitaorg pun kompemkan untuk berbuke ngan CIk Ruby coz Cik Ruby belanje. hehe Terima kasih Cik Ruby.. :D



And tempat yang dipilih adalah Restoran Singgah Selalu. Yang ni bukan kat depan Danga Bay tu tapi kat Giant U-mall. Baru je bukak dis year jugak. Pasni boleh lah g sane selalu. hehe Tempat ni Cik Ruby yang suggestkan coz for ramadhan ni dorang ade bufet and harganya ok jugak. And dat day memang ramai org. Biasalah weekend kan. And maybe jugak coz decoration and suasana dye. Cantek! hehe Tapi nasib lah kitaorg ade tempat coz before tu farah dah pergi sana booking siap-siap. And tempat kitaorg dapat paling dekat dengan makanan. Memang heaven. hehe





Bufet kat sini juz RM20 per person. Ok lah kan? Makanan dye pun memang banyak. Dari lauk smpai lah desert. Semuanya sedap and menyelerakan. Waa..macam iklan lah! :P And yang paling Wawa suka kat sini udang dye and air soya cincau. Memang sedap!! :) Jom tengok banyak tak Wawa makan..hehe






Hehehe...sebahagian makanan yang kitaorg amek. Actually ade lagi tapi xdapat nak upload semua lah. Al-maklum lah pakai beruk band sekejap laju sekejap lambat. So..pasrah jelah. huhu Erm..rasa lapar lah plak tengok makanan ni. hahaha 


p/s: malas nak letak caption. u olls translate lah ek..hehe

Aug 18, 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..(^_^)



Alhamdulillah. Now baru Wawa ade kesempatan untuk update entry. Entry semalam x termasuk ye. hehe :D Last-last-last week merupakan ujian jugak lah bagi Wawa nak-nak bulan pose ni kan. Memang rasa macam tak larat. Problem dengan sistem kat UTM untuk sambung belajar. Coz fac Wawa buat hal. Nak dijadikan cerita terpaksalah Wawa apply online balik untuk dapatkan jugak sambung master ni. Bukan pe..mood untuk keje belum datang lagi. So, sementara ada mood untuk belajar nie, kite belajar lah. :)

Ok..berbalik kepada cerita kita. Bila dapat tau je yang fac x anta nama Wawa g SPS rasa geram sangat-sangat coz berminggu-minggu tunggu. Sepatutnye fac kena lah col gitau yang nama kita tak anta & x amek. Yang geramnye dorang buat senyap je. Penat tunggu. Tapi nasib lah Farah ade kat UTM and dye lah bagi maklumat semua. Memang terhutang budi betol kat farah. Kalau farah xde kat UTM tu untuk kasi maklumat memang tak tau lah camne. Terima kasih banyak-banyak Farah. :)

Tu cerita sedih. :( Tapi now...Wawa da boleh senyum and raya dengan hati yang riang walaupun baju raya tak siap 1 pun lagi. huhu It's because Wawa dah dapat offer letter untuk sambung master. Last week Wawa g UTM amek sendiri. And bila tengok offer letter tu kat tangan sendiri, waaaaa rasa berbaloi-baloi. Yelah..hari-hari kot Wawa col SPS, Kak Zila tu suh watkan Wawa nye application. huhu 

And minggu lepas jugak En.Boyfie datang UTM dari KL untuk buka pose sama-sama ngan Wawa. Mekaceh cyg. 2 hari kat JB and akhirnye dapat bukak pose sama-sama and shopping sama-sama.  And yang paling besh En.Bofyie belikan Wawa hadiah.  Alhamdulillah, rezeki Wawa bulan pose dapat hadiah. Haaa..hadiah apa ek Wawa dapat? Erm..Wawa akan gtau di entry yang seterusnya. Baru lah ade idea nak udpate blog. Kalau x, tak berupdate lah blog sayang ni. hehe :D 


p/s: Alhamdulillah..rezeki bulan pose.. :)

Aug 17, 2011

2# Wordless Wednesday

Assalamualaikum..(^_^)






p/s: raya bersama macaron. bila nak sampai ni?? huhu :D