HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Aug 29, 2012

Review : Makeup Kit Zilan Vital

Assalamualaikum..(^_^)

Everyone still in mood raya ke? huhu Sabar pada siapa yang dah start keje sampai harini ye.. And pada siapa yang masih bercuti raya, enjoy raya puas-puas. hehe Wawa ni pun alhamdulillah masih dalam mood raya. Nasib lah masuk kelas lambat lagi. So..boleh lah makan kueh raya kat umah ni banyak-banyak. huhu ^_^

Oleh kerana tak dapat nak tido, Wawa pun cari idea nak update blog. Bukan pe. Cuti raya makanya cuti lah blog. Orang laen dok update pasal raya, Wawa tak banyak gambar raya. So, nak update pun tak besh. Makanya terpaksalah cari idea lain untuk update. huhu Malam ni nak update pasal makeup kit yang dah lama Wawa beli but baru beberapa hari yang lepas digunakan. Guna pun sebab adeq Wawa tolong makeupkan kawan Wawa untuk majlis pertunangan kawan Wawa since barang makeup adeq tak bawak balik. Dye tinggalkan kat kolej. And nasib lah ade make up kit yang comel ni. huhu

TAADDAAAA...

Makeup Kit ZilanVital keluaran Cosway. Wawa saja je beli coz dalam ni lengkap ngan eyeshadow, blusher, colour corrector, eyebase, mascara. Harga tak silap Wawa around RM49 cmtu kot. Wawa tak ingat sangatlah coz beli dah lama tapi gunanya tidak. huhu 


makeup kita ZilanVital keluaran Cosway



Bentuknya yang bertingkat. Senang nak bukak and nak tutup. 


Siap ada mascara lagi and boleh tengok cermin hari-hari. 


Eyeshadow 12 colour. Semua nya colour soft. Namanya makeup kit, makanya colour pun terhad lah. huhu 


Antara colour yang ada untuk lipcolour. Dah ada kesan garis-garis. Mak silap letak. Ingatkan yang ni pun eyeshadow. Tak pasal-pasal lipcolour melekat kat kelopak mata cik bie. hehe 


Colour corrector, eye base, mascara, blusher. Basic need. 


Susunan yang ditunjukkan kat bahagian belakang supaya tak tersilap macam mak Wawa. hehe 



Hasilnya pada hari pertunangan Cik Bie. Adeq apply colour pink + light brown. Tak nampak sgt coz tua punya badan request nak makeup nipis. Maka ni lah hasilnya. :)



SELAMAT BERTUNANG YANG!!


p/s: Nak cerita pasal rye..tapi gambar tak banyak. pity me. :(
p/s: Ada sesiapa nak order Beutskin Essence? :)

3 comments

August 29, 2012 at 9:24 PM

cantiknya..!
ramai betul yg bertunang lepas raya ni kan...

August 30, 2012 at 11:31 PM

@Cik Nur: btol tu Cik Nur..kwn2 wawa ramai yg tunang n kawen tym raya ni..huhu

September 4, 2012 at 5:25 PM

selaamt betunnang

Post a Comment