HOME DASHBOARD ABOUT TRAVEL FOOD EXCHANGE

Apr 20, 2011

Make Ur Day More Perfect! Mix and Match.. :D

Assalamualaikum.. (^_^)

Happy Wednesday! Wawa ni sebenarnya runsing dengan presentation hari Jumaat ni. Runsing bukan apa. Runsing coz nanti hari present nak pakai apa and apa lah yang akan ditanya oleh panel-panel Wawa nanti. Tu yang runsing ni. Tapi praktis skipping speaking belom lagi ni. huhu Takpo-takpo jap lagi praktis yo! Ngah duk pikir apa yang nak di cerita malam ni untuk kawan-kawan, tiba-tiba dapat idea nak post pasal mix and match. Manalah tau apa yang Wawa post ni boleh bantu Wawa hari Jumaat ni kan? Ye dok? hehehe

Ok lah, mostly especially gurlz mesti pening kepala setiap kali klau nak kuar. Betol dak? huhu Kalau kawan-kawan tak..bagus lah. Tapi kalau Wawa..YES!! Memang ambil masa berjam-jam lah kalau nak siap kuar. Dat's y, Wawa kena bersiap 1 jam or 1 jam setengah before kuar tu. Kalu tak nampaknye berjam-jam lah nak kena tunggu. huhu So, kat sini Wawa nak share knowledge mix and match yang boleh Wawa dan kawan-kawan apply klau nak kuar. Tak kesah lah pergi pasar beli ikan ke, pergi kebun bunga ke, or mana-mana lah. Yang penting, pakaian kite elok dipandang. Tak gitu? :D 



  • Jeans + T shirt

1st of all, yang paling senang mix and match ni JEANS + T SHIRT. Actually, jeans + T shirt ni memang sesuai and mudah untuk digayakan. Coz ianya mudah dan ringkas. And sesuai klau seseorang tu nak bersantai-santai . Untuk mengelakkan penampilan nampak kosong, kawan-kawan boleh lah tambah rantai panjang or cekak rambut untuk tambah gaya. Bagi yang bertudung, boleh guna 'inner' untuk cover. Tapi kalau kawan-kawan pakai baju T lengan panjang, bolehlah tambah dengan gelang tangan pelbagai warna. And jangan lupe pakai kasut tumit tinggi or wedges or kasut bertutup or sneakers. Coz kasut pun akan menampakkan penampilan seseorang akan lebih cantik. 


boleh pakai untuk pergi dating ni..coz simple + nice.. =)

  • Cardigan
Cardigan ni ada 2 jenis. Yang panjang and yang pendek. Mostly yang pakai cardigan adalah tujuan untuk berimej lebih sopan. Cardigan lengan pendek sesuai if dipadankan dengan skirt panjang. Tapi.. haaa diingatkan TAPI... kalau cardigan panjang agak tidak sesuai kalau nak pakai dengan skirt panjang. Melainkan seseorang tu confident and tak kesah. huhu Tapi..ish..banyak benor tapi nye. Cardigan panjang ni cantek kalau pakai dengan jubah or dress panjang yang ikut bentuk tubuh badan kita. Mesti nampak nice. Nak-nak lagi kalau tambah dengan aksesori yang betul macam tali pinggang lebar untuk lebih tampak cantik. :)

sory..kat cni xde tali pinggang plak..hehehe

  • Dress Labuh (Betis)
Now a day, gurlz or women yang bertudung more trendy. But, still ada yang salah berfesyen when they in dress labuh or with jeans or with seluar longgar. Actually ianya bukan lah salah cuma tidak kena pada pemakaiannya. Jangan salah faham ye. Baca betol-betol pe yang Wawa tulis. huhu And cara terbaik untuk tampil lebih sopan but comfortable and fashionable, u all boleh lah padankan dengan pakai legging or panty hose. And plus korang pakai kasut bertumit or bertutup. If u all pakai dress polos yang tak banyak colour, boleh padankan dengan aksesori yang konta untuk tampil lebih menawan. 

tiba-tiba nak melaram mcm lah..sesuai ke? (@_@)

  • Kebaya
And the last one Wawa nak kongsi adalah kebaya. (Skema lah plak rasa). Boleh dikatakan, sekarang trend lah jugak bila kebanyakan dari kita pakai kebaya nyonya dengan jean. Ok, for gurlz yang tak bertudung, if pakai kebaya ni jangan segan-segan untuk sanggul rambut u all. Yang pastinya anda akan nampak anggun + menawan. And for yang bertudung, kenalah pakai tudung yang sesuai and kemas. Tak perlu aksesori yang berlebihan coz kerawang yang ada kat baju dah menaikkan seri penampilan kamu. Untuk tampil lebih anggun..bolehlah kenakan dengan seluar jeans yang agak fit dengan kaki + kasut bertumit. Wawa pun pernah jugak berkebaya + jeans ni. Tapi tak selalu lah.hehehe 

kebaya tahun lepas..dipadankan dengan jeans. *abaikan muke budak-budak*

kebaya di pakai dengan kaen pario..recycle balik kebaya yang dulu.. hehhe  save bujet.. (^_^)

So, Wawa harap kawan-kawan dapatlah sedikit info walaupun tak banyak.. Coz Wawa pun bukannya arif sgt pasal fashion ni. Tapi sekadar ingin berkongsi. Before that, ade tips yang Wawa ada untuk korang: 

  • Haruslah bijak memadankan dua warna terang. If tak yakin, jangan pakai tau. And dapatkan pandangan orang lain. Tu yang penting. Mcam Wawa selalu buat kat rumet. Cian rumet. :)
  • Elakkan pakai pakaian yang terlalu banyak corak. Kalau korang dah pakai baju bercorak, elakkan pakai seluar or tudung yang "kaya corak" juga ye. hehehe
  • Jangan pakai satu warna untuk semua. It's mean jangan lah korang pakai yang sedondon dari atas sampai bawah. Tue lah maksudnye. huhu
  • If korang pakai baju yang agak ketat, elakkan pakai seluar yang betul-betul ikut bentuk kaki. Sebolehnya, berikan imej santai kepada bahagian lain. Kalu tak nanti orang lain tengok kite macam 'sarung nangka'. huhu
  • Seeloknya, pakai lah yang tidak lebih dari 3 warna dalam satu masa. 


p/s: berfesyenlah ikut kemampuan and jangan kita menjadi mangsa fashion. =)

4 comments

April 20, 2011 at 11:05 PM

wah. a great combination :D

April 30, 2011 at 9:23 PM

yup..u can try it.. :)

March 4, 2012 at 8:51 PM

Nice info sharing :)

June 13, 2012 at 8:13 PM

@Aisha With The Apostrophe: thank u dear! :D

Post a Comment